Assalamualaikum.
Hello ^_^
Hmm.. cuti 3 minggu nampak macam sekejap kan? oh, ye. memang sekejap pun sebenarnya. Tapi.......... lama2 pun tak boleh jugak. Takkan nak duduk senang-lenang sepanjang masa kan? Haha. Lain orang lain caranya nak isi masa lapang. Macam aku, cuti ni aku tolong mak jadi babysitter. Bagi aku kerja ni penat sikit, dan mencabar. Nanti aku story mory pasal experience aku ni di lain waktu. Sebenarnya nak post benda lain, melalut pulak jadinya. Hoho. Ok, tadi aku belek2 blog orang lain. Dan.. aku tertarik dengan salah satu post yang dye post tu. Haha. Post nya panjang, maka aku ambil sikit je.
" hubungan tak halal automatik belum pasti ada jaminan boleh berjaya sebab jauh dari cintaNya. Jika berjaya ke jinjang pelamin, itu maknanya Allah mahu kamu dan pasangan berubah lebih baik serta siap sedialah; kerna ada ujian-ujian di hadapan sebagai kaffarah dosa-dosa kapel silam. Namun jika tak berjaya, itu bermakna Allah nak kamu kembali muhasabah diri-hilangkan benteng yang menjadi hijab di antara kamu dengan kecintaan kepada Allah. Ya, kesedihan awal-awal itulah kaffarah dosa-dosa. "
Hmm.. post dye ni buat aku tersentak. Cewahhh. Haha. Ye, kadang kala kena muhasabah diri sikit. Mungkin tak dapat banyak, tapi at least ada kesan sikit di hati. Ada rasa insaf. Ada usaha nak dekat dengan Allah.
" Cinta itu milik Allah. Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya. Sebab, mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu. Semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan tidak berhati-hati. Hari ini dan esok, waspadalah jangan terpijak atau memijak onak dan duri. Jangan kau kutip lagi serpihan kaca. Buka mata, buka mata hati, guna iman dan tawaqqi. Akhirnya, 'kan kau jumpakan permata. "
Aa? Nak baca blog orang lain yang aku baca ni?
Huhu. Silakan silakan.
http://selamattinggal.blogspot.com/
-open mind, open heart-
wahh, make sure kau share mende ni kat usrah ye makcik :) xdela ngantuk :P
ReplyDeletehuh, aku x minat usrah. Hehehehe
ReplyDelete