Wednesday, November 2, 2011

Kenapa Aku Tak Fly

Fly? Aha, apa kejadahnye lah tajuk post aku kali ni. Kenapa aku tak terbang? Memanglah manusia tak boleh terbang nyah oii.. Hihi. Fly ada banyak maksud. *di negara Malaysia

Fly = terbang
Fly = melepasi pagar sekolah asrama, err maksudnya keluar tanpa izin
Fly = terbang study ke oversea

Dan Fly yang tajuk post aku maksudkan ialah yang ketiga di atas. 

Tipu lah kalau aku kata aku tak mengimpikan untuk study kat luar negara kan.. Tapi aku percaya Allah dah tetapkan semua ni atas sebab sesuatu yang kukuh yang kita tak nampak. Bagi aku skeptikal pemikiran masyarakat Malaysia sekarang masih di tahap ketiga yang mana mesti rata-rata berfikir study kat luar negara dikira hebat, dan beri lagi peluang cerah. Habis SPM je, mesti malam-malam mimpi fly... *eh, hangpa ingat aku pi tulis lagu tu mesti aku pernah mimpi macam tu ka? tak. tidak tidak. Aku mimpi jumpa hantu adalah. Haha. mengarut mengarut.

Tapi sebenarnya, bagi pendapat aku, belajar di luar negara tak semestinya menjanjikan peluang pekerjaan. Dan tak semestinya means that pelajar tu hebat. Aku pernah terfikir nak sambung study kat luar negara, tapi rezeki aku memang tertulis kat sini, Malaysia je. 

Aku memang awal-awal lagi masa isi borang MARA tu mintak PIDN (Program Ijazah Dalam Negara) dan Alhamdulillah, aku tak payah kena interview pon macam kawan-kawan lain yang mintak Luar Negara. Mula-mula memang aku rasa berat hati nak tekan PIDN tu, ayah pun beriya-iya yakinkan mak supaya mintak PILN, tapi mak beriya-iya nak aku study kat Malaysia je. *dramatik tak? sila geleng kepala. Haha

Bagi aku, rezeki tu ada kat mana-mana je tak kira tempat. Ye, benda tu lah yang aku dok ingat masa ambil result SPM. Aku memang redha gila masa tu, result straight A tapi takdelah gempak macam kawan-kawan yang lain. Dan sampai sekarang aku dok ingat benda alah tu. Allah tahu kemampuan aku takat mana. Result Mid-sem aku tak delah memberangsangkan macam kawan-kawan lain yang nak fly. Stress aku nyahhhh. Allah takkan bagi ujian yang kita takkan mampu nak hadapi. 

Dan sudah tersurat lah rezeki aku memang kat sini je. Alhamdulillah, aku dapat tawaran buat medic kat MSU, tapi aku kena dapatkan pointer CGPA atas 3.5. InsyaAllah, aku akan buat yang terbaik. Ok, aku mengarut sangat dah ni. 

Kita sambung balik. Aku bagi contoh ye, aku ada kawan yang dapat 10A+ dan dia mohon biasiswa JPA kos perubatan PIDN je. bukan PILN. Korang tahu tak apa jadi kat sekolah? Ramai lah jugak yang kecoh-kecoh "eh, kenapa tak mintak oversea?? sayangnye..." "kenapa tak fly?" *hisyh, bagi jiwa tertekan betullah. Ada jugak kawan lama aku, beriya-iya nak buat medik kat oversea, tapi result 5A je. *maaf, bukan niat nak menghina. Jadi, kira dia jadi budak private, bayar duit lebih kurang 50,000 (untuk permulaan) and fly ke Rusia. Kesian mak dia, mengadu kat mak aku nak cari duit kat mana? Tapi sebab kawan aku ni beriya sangat mak dia pon turutkan jela niat kawan aku tu. Apa-apapun, semoga berjaya kat dia. Hmm.. betul betul, zaman metromillineum cam sekarang ni, ada duit semua boleh jalan bangg.. Tapi jangan sampai menyusahkan makbapak kalau belajar pon tak excellent. *tu pon salah satu sebab aku tak fly, result aku tak excellent jugak. Huhu

Ada jugak akak senior MARA yang buat medic kat MSU, pandang rendah kat kitorang yang study dalam negara ni. Rasa nak bagi penampar jee. *Bukan semua, sorang je. 

Kesimpulannya, semua kejadian di muka bumi ini yang berlaku dalam hidup kita ada hikmahnya. Aku cuma memberi pandangan terhadap norma-norma masyarakat kita je. Takde niat nak menghina or whatsoever yang buruk-buruk. Kalau terasa, mintak maaf, sungguh aku takde niat. Yang baik ambil pedoman, yang buruk jangan pulak kau buat teladan.

       -open mind, open heart-


No comments:

Post a Comment