Wednesday, August 15, 2012

Azam baru

Hmm memandangkan aku duduk kat Malaysia je dan kudrat pun masih kuat, ada terfikir nak buat banyak aktiviti 'mengembara' plus yang boleh bagi banyak manfaat untuk diri sendiri. Ye, cuti ni tak ke mana, duduk rumah je dan banyak isi masa lapang dengan? berangan -___- haha. K, itu cuma secebis je. Ada lah jugak, tolong mak dengan kerjanya.

Dalam jangka masa lima tahun sebagai mahasiswi aku nak kalau boleh menyertai banyak program sukarelawan. Contoh macam yang selalu MSU offer volunteer untuk program yang Standard Chartered anjurkan, contoh macam, bagi air kat peserta-peserta larian ke apa ke.. bolehla dapat la jugak upah RM40 seorang. Cehh kemain lagi. Tapi bukan tu je, nak pengalaman sebenarnya. Selain tu, kalau boleh nak oversleep kat rumah kawan-kawan yang duduk jauh-jauh contoh nya Ellen kat Kelantan, Farahiyyah kat Terengganu, Fatnin kat kampungnya Perlis, Amalina kat Melaka. Ye, aku nak merasai rasanya merantau kat negeri lain sebab family aku x pernah bercuti kat luar selain rumah dan kampung. Xpe.., aku faham mak dan ayah nak kumpul duit dulu. Yang paling pentingggg nak g gym. Hahaha. You alls tau kan hidup as students lagilagi pempuan memang payah nak bersenam ni. Aku memang seorang yg sukakan sukan, dan aku memang sangat suka bersukan. Sangat sangat. Nasib baik rumah baru nanti sebelah je dengan MSU bolehlah singgah gym MSU petang-petang. Setahun berasasi memang aku rasa sangat tak sihat. Sebab terperap dalam rumah je -__-

Aku seorang yang pendiam. Tu memang kelemahan aku. Malah, mungkin orang tak berapa nak mesra dengan aku sebab aku memang seorang yg tak reti cakap banyak-banyak. Aku lagi suka berfikir dan memerhati. Sebab tu la aku memang sedaya upaya nak kumpul pengalaman sebab hakikatnya, doktor dan skill memang tak dapat nak dipisahkan. Aku tahu, nak tak nak, hakikatnya suatu hari nanti aku kena menjadi seorang yg sangat friendly dan tahu nak mendekati orang macam mana. Klau tak, macam mana nak treat patient kan? Dan aku tahu, macam susah je nak buat lists yang aku dah dreaming sangat tu, sebab hakikatnya jadual MBBS memang pack. Tapi, insyaAllah, kali ni memang sangat berazam nak gunakan masa yang Allah bagi tu dengan sebaik-baiknya. Biarlah penat, asalkan ada income yang berbaloi di penghujungnya. Dan semoga azam ini berkekalan tak hangat taik ayam jeh..

- open mind, open heart -

1 comment:

  1. good luck Amalia. boleh punya kau nak buat wishlist ni. semoga menjadi doktor yg baik:DD

    ReplyDelete