Hmm raya tahun ni biasa-biasa je tapi ada kelainan sikit sebab raya kali ni aku cuti dah habis foundation, macam entahlah, sebab takde hw or assignment apa apa yg nak kena buat kot plus tak tau lagi degree nanti macam mana. Tahun ni beraya kat Gemas, Negeri Sembilan. Tak ramai lagi family belah mak ni, aku lah cucu sulung! Hahaha.. Semua tak besar-besar lagi.. maknanya 5 tahun akan datang banyak nye duit raya yg aku kena bagi.. hihi. Balik hari Sabtu, hari Selasa balik Sg.Buloh balik. Sekejap je sebab ayah kerja. Di sini, saya sertakan sekali beberapa gambar untuk ditatap. Huahua.
atok
nenek
ni family saya ayah tak nak tangkap gambar sekali
adik-beradik
duit raya!!
Masa nak balik ke Sg. buloh pengalaman yang memang tak leh nak dilupakan sebab tayar kereta tercabut tengah-tengah lebuhraya!!!!! Waktu tu aku adik-beradik tidur tak hengat dunia kat belakang, pucat muka. Nasib baek tak jadik apa apa. Terima kasih Plusline kerana membantu :) Syukur tak accident. Kepada anda semua, hati-hati di jalanraya!
- open mind, open heart -
No comments:
Post a Comment